Orang tua selalu melarang minum air sambil berdiri. Kita disuruh minum
air sambil duduk. Sebenarnya ada kelebihan minum air sambil duduk.
Kita juga sering mendengar saranan supaya minum air putih yang banyak
untuk kesihatan diri. Namun, jika cara anda salah ketika minum air putih
pun boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. Kajian kesihatan
akupuntur membuktikan bahawa minum air sambil duduk lebih baik
berbanding secara berdiri.
Ini kerana, air putih yang diminum ketika duduk akan disaring oleh
'sfringer', iaitu struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk
disalurkan pada penyaringan di ginjal. Sebaliknya, jika anda minum air
putih secara berdiri, air akan masuk tanpa sebarang saringan.
Akibatnya, boleh berlaku penyakit ginjal. Untuk mengatasinya, biasakan
minum air sambil duduk, minumlah secara perlahan-lahan dan jangan
terburu-buru.
Pesanan orang-orang tua kadangkala sememangnya ada rahsia tersirat di sebaliknya
No comments:
Post a Comment